Sekadar renungan untuk diri untuk 10 atau 20 tahun lagi...
Post ini sangat menyentuh hati... saya dahulunya sangat tertarik setiap post individu ini..sangat 'happy go lucky' orangnya (di alam maya fb) dan setiap statusnya memberi inspirasi dan menggembirakan hati apabila melihat kata-kata yang terpampang pada wall/timeline yang sering 'public' mode nya.....
Namun apakah apabila kita bertemu individu yang agak negatif kita harus membenci sepenuhnya diri mereka yang negatif ini... mengapakah kita sering menyalahkan orang yang dibenci, tanpa kita melihat diri sendiri yang mungkin mengundang kebencian itu sendiri...
Saya masih teringat kata-kata seorang guru, janganlah kita membenci seseorang kerana dirinya... dia juga tidak mahu ditakdirkan sebegitu kejadian dirinya, tetapi bencilah kepada sikapnya yang melanggar syariat....
Pembelajaran adalah melalui pengalaman diri yang perit, maka berfikirlah bahawa setiap kesakitan dan keperitan yang dilalui adalah satu kebagusan untuk diri di masa depan nanti... Itu yang saya pelajari buat masa ini.. (Kesedihan hati membuat diri semakin mengenal diri... ) SAya cuba berdepan pada kenegetifan itu, dan cuba memperelokkan diri dalam pada menghadapi nengetifnya orang itu... ibaratnya kita dan angin..perlukah kita mengubah haluan angin..Tanpa kuasa yang Maha Esa nescaya tiada kekuatan kerana hanya Dia yang mampu mengawalnya. Tetapi apa yg perlu, ubahlah diri untuk menghadapi angin tersebut.. rancang strategi dan skill tertentu dipupuk untuk menghadapi angin yang pelbagai karenah itu.. ibarat juga kita menonton program tv yang tidak digemari.. perlukah kita memindahkan tv itu, atau memukul tv, mengherdik tanda kemarahan atau membalingnya keluar jendela? Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya diri kita sendiri menekan punat remote dan menukar channel tv yang lain...
Alangkah baiknya jika saya diberi peluang menjadi seorang guru yang ringan mulutnya, ramah sikapnya, dan berpersonaliti menarik sebagai jalan penarik pelajar untuk membawa cerita kehidupan kepada anak didik.... teringin rasanya berkongsi pengalaman dan rasa menjadi seorang hamba Allah seusia ini, menjadi seorang anak kepada ayahanda dan ibu bertuah, menjadi seorang kakak, sebagai seorang adik, sebagai seorang individu yang mungkin tidak membawa sumbangan untuk keluarga, masyarakat atau negara, namun masih berusaha memperbaiki diri menghadap Ilahi kelak dan menjadi role model untuk diri sendiri... tidak perlukan pandangan manusia dan tidak perlu orang mengetahui keikhlasan hati diri... biarlah saya dibenci jika itu yang akan membuat diri ini lebih hina dan secara langsung mengubah diri menjadi 'lebih baik' sebelum menemuiNya kelak.... Ya Allah mudahkanlah sakaratulmaut ku kelak....amin...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete