Saya masih tercari-cari erti mendidik dengan kekerasan...
perlukah kita mmendidik dengan herdikan, makian, tengkingan, atau pukulan?
ada pelajar bagitau cikgu perlu garang, pelajar akan takut dan dengar cakap bila cikgu garang.
Saya terfikir dalam banyak-banyak cara dan tindakan, kenapa kekerasan menjadi pilihan untuk mendidik?... banyaknya cara tapi itu juga kaedah termudah dan popular digunakan...
orang luar biasa tidak menggunakan cara yang sama untuk menjadikan hasil yang berbeza...
Akhirnya saya akur, ketegasan itulah kuncinya..sesetengah pelajar mendefinisikan ketegasan itu sama dengan kekerasan dan keganasan atau kegarangan... Cara nabi Muhammad S.a.w ini juga lah yang dipraktikkan oleh pakar pendidik di Barat.. menggunakan contoh, role model, penerangan, dan yang paling penting kelembutan (psikologi) serta diselitkan ketegasan. Baginda sangat lembut lagi berhemah tetapi tetap tegas dalam mendidik sahabatnya dan ummatnya...
Saya cuba mengamalkan kepercayaan dan fikir positif untuk setiap kelemahan atau kesalahan pelajar. Cuba menerima kekurangan mereka. Cuba percaya pada mereka, dan berusaha menggunakan kelembutan bukan kekerasan. Namun akhirnya saya juga dipermainkan oleh pelajar yang agak berani mengusik. Tugasan tidak diendahkan. Kata-kata arahan yang saya keluarkan tidak dilakukan mereka malah dipandang sepi tanpa tindakan sepatutnya (sesetengah pelajar sahaja).
Teringat pula kisah yang diceritakan dalam Ramadan Terakhir...Benci tandanya sayang... senyum tidak menggambarkan sayang...marah tidak bererti benci..ya kadang kemarahan itu tanda sayangnya guru pada seorang pelajar. Seteruk mana marahnya menunjukkan kedalaman sayangnya... Bila tidak marah malah dibiar terleka, tidak di tegur beberapa bulan, berramah mesra apatah lagi tidak..itulah tandanya cikgu sudah membiarkan anak muridnya terbiar dan terdidik oleh persekitaran yang menjatuhkan masa depannya dalam suasana yg negatif lagi sepi dan kelam...
Rasa sayang kadang dikurangkan dan tidak berlebih-lebihan..Takut bila sudah terlalu sayang....ketegasan itu mugkin hilang... apabila ketegasan mula hilang ...mula juga wujud kelekaan..
Wahai anak-anak murid, fahamilah setiap kemarahan guru bukan bermaksud itu dihatinya...
kalau ikutkan guru itu cuba untuk berkawan dengan akan-anak muridnya, mencurah segala ilmu yang ada untuk anak-anak, tapi itu tidak mungkin terjadi jika anak-anak masih menganggap guru adalah guru sehingga mmenghilangkan hormat pada mereka. Cuba anda anggap guru adalh ibu dan bapa anda yang berusaha mencurah ilmu mengajar anda merangkak, bertatih, berjalan dan akhirnya berlari... ibu ibarat guru..dan guru ibarat ibu anda... Selamat hari guru..
No comments:
Post a Comment