14 Jun 2014
bersamaan sabtu… hari ni hantar 3 orang pelajar ke hospital pada jam 7.45
sehingga 8.41 mlm. Nurshalindah (tahun 1), Rabiatul (Thn 2) dan
Noraidah (Thn 2)… Noraidah terhantuk kepala di dalam bas, Rabiatul batuk dan
demam. Shalindah demam.
Kisah Norhaidah pula jadi kajian kes kali ini
selepas Iffah dan Fadilah. Noraidah pelajar thn 2, yang sudah biasa dengan
tekanan keras di kepala. Semasa tingkatan 2 (3thn lepas) pernah dipukul di
kepala oleh abang kandung menggunakan mangkuk. Hanya kerana berebutkan makanan.
Ibu juga pernah memukulnya (agak kurang jelas diceritakan). Kawan lelaki
sekelas pernah menumbuk bahagian kepalanya sehingga dia pening dan hanya
menangis. Tidak pernah mengadu atau melapor dan menceritakan masalah dipukul
itu, kepada guru sebelum ini. Kisah yang agak berat tetapi dianggap ringan oleh
empunya diri. Noraidah menganggap pukulan dikepala adalah perkara biasa
baginya. Bukan sesuatu yang besar anggapannya. Apa yang diceritakan selalu digambarkan oleh
Prof Muhaya. Jika dengan cara kekerasan dia dibentuk dan dibesarkan, maka
kesannya apabila besar dia akan menjadi anak yg keras dan agak degil.
Akhirnya tadi Doctor sahkan keadaan lemah badannya
hanya kerana demam yang mungkin sudah dijangkiti dr kawan sebilik (syazwani thn 1
RF).. Tiada kesan yang teruk atas hentakan di kepala..Cuma yang agak risau tadi
dia muntah2… Doctor Chinese tadi betul2 bagi penerangan jelas ..dan
teringat pula kes bapak…hantukan di kepala myebabkan pendarahan kecil..dan jadi
darah beku… maksudnya bapak terjatuh haritu betul2 hentakan yang agak kuat. Agak
sayu hari ini. Tak jadi balik kampung dengan sebab banyakknya keja yang tertangguh perlu
disiapkan..aduhai hati kuat lah engkau…terus lawan rasa negative itu..buang
pergi jauh2..malas dan mengantuk pergilah jauh di bawa angin malam ini….
Suasana malam di hospital agak sayu..terlihat keranda aluminium diusung troli
diiringi keluarga yang agak tenang. Lokasi farmasi pula terlihat nenek hampir
sparuh abad ditolak kerusi roda, diiringi keluarga yang agak kalut dan panik. Kemudian terlihat pula makcik 50-an menutup muka, menangis duduk di kerusi roda
ditolak sang suami… Karenah pesakit, pengiring atau pelawat di hospital ini memberi keinsafan pada diri
yang sihat walafiat ini.
Syukurlah atas nikmat sihatnya kaki ini
berjalan, kuatnya tangan ini memegang dan mengangkat, terangnya mata ini
melihat screen laptop, lajunya jari jemari menaip setiap kata, normalnya
degupan jantung yang Allah berikan, segarnya menghirup oksigen malam ini…
enaknya lidah merasa susu coklat dutch lady…setiap nikmat sekecil ini, ada
segelintir manusia tidak dapat menikmatinya dengan sempurna… Syukur
Alhamdulillah… Pada Mu Ya ALLAH kami bersyukur…
No comments:
Post a Comment