Sunday, July 13, 2014

Kisah disebalik 'mereka'...

Berbelanja dengan pelajar untuk aktiviti jualan selama 2 minggu ini...tidak sangka sampai ke maghrib jadinya.... tapi kenangan juga la, buka puasa di tepi highway...makan KFC...huhuuu..rindu pula dgn famili dan kawan-kawan rapat dolu2...
Mereka....

Cerita pula kisah Nenek yang berpisah dengan mak selama hampir bertahun... Mak di Indonesia dengan kakak dan adik, bapak pula di KL dengan abang... dia pula tinggal dengan macik...
Begitu pula dgn Cik Ku...ibu bapa bercerai dan ada konflik penjagaan anak.. Ya mungkin..apa yang terkeluar dari mulut mereka, 'perasaan yang paling sakit adalah perceraian ibu bapa'...

Cik Kembung pula tambah, biarlah mereka nampak ibu bapa bercakap-cakap bergaduh,
tapi jangan senyap berdiam perang dingin...
lain pula Cik Jannah... ibu bapa berpisah tetapi belum bercerai, dan ada konflik kasih sayang dengan ibu dan adik... Kadang ada rasa perasaan kurang senang antara adik dan kakak. Mungkin juga kurang kasih sayang akibat kakak di asrama dan ibu selalu dengan adik.

Ketiga2 kes ini tidak melambangkan kesusahan dan diri mereka. ya rupanya sangat terbalik dalaman dan luaran mereka...sangat positif orangnya, baik tuturkatanya, rajin dan ramah..namun sebalik pula kisah hidup mereka yang agak suram.... Semoga mereka dilindungiNYA untuk menempuh hari-hari mendatang....

Mungkin mereka ini sudah terbiasa berdepan dengan masalah keluarga yang menjadikan diri lebih matang.
mereka sudah lali dengan permasalahan orang dewasa dan akan cuba untuk enjoy dengan kehidupan remaja selagi belum menempuh alam rumahtangga.. atau mungkin mereka cuba untuk melupakan masalah dengan bersosial dengan rakan-rakan, berketawa dan bersenda gurau sesama rakan senasib...

Begitu pula kisah Boboi yang agak nakal tapi manja dan kurang kasih syg.. Ibu bapa bercerai dan bapa sangatlah garang. Seorang  yang sangat anti-junior... Hanya berkawan dgn kawan yang dia rapat dan agak kurang kawan.

Macam-macam cerita disebalik mereka.... ada sedih ada lucu, tak kurang pula serius ceritanya... Setiap pengaawalan cerita tidak semestinya pengakhirannya begitu.



p/s: Solat Asar di masjid al-Qausar dengan cik Kembung... Moralnya disini sediakan telekung di dalam kereta, atau solatlah awal waktu dan dimana yang boleh (Giant tadi ada surau)... Rancang apa yang mahu beli supaya tidak membazir masa....




No comments:

Post a Comment