kita memula untuk mengakhir, kita berakhir untuk satu permulaan... kehidupan ada permulaan dan pasti ada pengakhiran.. dan permulaan dunia baru akan dimulai dengan pengakhiran itu.. blog ini memberi peluang untuk sama-sama berkongsi perjalanan antara titik permualaan dan pengakhiran itu.. Semoga pengakhiran yang baik adalah matlamat kita untuk teruskan ke perjalanan akhirat yang lebih panjang dan hakiki...
Tuesday, July 8, 2014
Cermin itu pencerita terbaik...
Ini pula kisah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun...heboh satu kelas tentang cermin yang pecah.. Saling menuding jari antara senior dan junior. Akhirnya kesalahan terletak di tangan Senior yang menjadikannya pecah, walau asalnya Junior yang meretakkannya.
Alkisah bermula bila terlihat gambar family di laptop. Saya yang mengarahkannya menenangkan diri di restoran setelah emosinya mengganggu tumpuannya di kelas. Akhirnya kesalahan itu akan balik kepada saya. (Pengajaran yang diterima jangan sesekali biar pelajar di bengkel tanpa seliaan guru). Apa yang terjadi sudah terjadi. Hanya pengajaran dan panduan hasil dapatan. Emosi akibat perceraian ibubapa mungkin puncanya. Kawan pula kurang memberi sokongan dan kurangnya komunikasi antara rakan sekelas menambahkan diri makin down dan semakin beremosi. Rasanya pelajar perlu diberikan seminar atau kursus pengawalan stres di kalangan remaja. Dari lentur beginilah perlu diterapkan rasa bertanggungjawab atas emosi dan tindakan yang dihasilkan oleh diri sendiri.
Pesanan juga diberi kepada pelajar 1KV hari ini, tentang disiplin dan etika semasa pengajaran dan pembelajaran. Perlukan kita memasang CCTV untuk kawal diri? Perlukah disediakan setiap orang satu pengawal peribadi menjaga diri kita sendiri? Mestikah cikgu-cikgu sediakan rotan panjang untuk setiap kesalahan diri? Maka kalau semua itu perlu, menunjukkan diri kita memerlukan material, benda-benda bukan hidup, atau hidup untuk mendisiplinkan diri. Ya mungkin perlu juga seperti trafic light yang disediakan untuk kita patuhi untuk mengelak kemalangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment