kita memula untuk mengakhir, kita berakhir untuk satu permulaan... kehidupan ada permulaan dan pasti ada pengakhiran.. dan permulaan dunia baru akan dimulai dengan pengakhiran itu.. blog ini memberi peluang untuk sama-sama berkongsi perjalanan antara titik permualaan dan pengakhiran itu.. Semoga pengakhiran yang baik adalah matlamat kita untuk teruskan ke perjalanan akhirat yang lebih panjang dan hakiki...
Friday, July 11, 2014
Ifftar?
Puasa yang ke-14
Semalam ifftar bersama pelajar Seni Kulinari Tahun 1... banyak juga makanan... Apa yang saya kurng suka tentang buka puasa di luar, benda-benda ini akan terjadi:
1. Solat maghrib akan dibuat hujung2, dan lebih parah terlepas terus..
2. Membazir atau membuang makanan pasti ada...
3. Berborak-borak tentang sesuatu yang sia-sia lagi lah kadang tu ada unsur anyam ketupat sikit...sayang pahala puasa berterbangan menghilang dari pandangan..
4. Menjadi terlalu kenyang pasal banyak sangat makanan depan mata. Lagi lah kalau buffet..isyak dan terawih jadi kurang kusyuk...
ini lah yang terjadi pada mlm itu...
Adapun kiranya, semua itu dari kita saja bah...iftar kadang ada kebaikannya contoh, boleh bagi sedekah orang makan, bersilaturahim dengan cara makan ramai-ramai macam tu, mengeratkan ukhuwah dan boleh sembang-sembang perkara positif dan baik sebelum berbuka. bertukar-tukar pendapat, malah boleh beri peluang kita mengajak kawan (berdakwah) masa berbuka bersama itu. Contoh, tunjukkan etika baik, cara makan ikut sunnah, berkata-kata hal yang baik, berlemah lembut dan orang boleh ikut bila lihat diri kita mengamalkannya. Sambil tu boleh terus ajak kawan solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan. Atau sambil buka tu boleh borak-borak buat planning aktiviti seterusnya untuk semarakkan ramadan dengan ibadah yang banyaknya itu...
Malah ke-empat2 kelemahan tadi boleh diatasi jika kita makan order besederhana sahaja. tidak semestinya makan diluar itu membazir,,mungkin sekali sekala boleh juga dan tidak memasan makanan yang terlalu banyak. Jika ada lebihan makanan jangan lupa tapau untuk di rumah atau boleh bagi pada yang memerlukan.
Bolehlah mencari restoran atau hotel yang berdekatan dengan masjid atau surau untuk berjemaah..atau yang paling wajib pun ada bilik solat untuk pelanggan tunaikan maghrib dengan segera.. : - )
P/s : Tetapi semalam ada juga kebaikannya, kami ber6 dapat berkongsi cerita dan bertukar pendapat tentang seorang pelajar yang agak kurang bernasib baik ini. Sayangnya dia mudah terikut dengan pengaruh negatif. Baru lagi saya terfikir macam mana ibu bapa pelajar ini mendidiknya sehingga menjadi sebegitu rajin dan baik tutur katanya? Rupanya begitu pula kisah keluarganya. Harap diberi hidayah kepada ibunya...amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment