Di penghujung Disember 2014 ini begitulah banyak kontrovesi...huhuu...
hari ni 12/12/14' mak mula sakit demam..semalam tekanan darah 192-212 sepanjang malam..syukur baru tadi kurang jadi 152/86... pentingnya anak-anak menjaga pemakanan ibu. Walaupun ada yang mengatakan kita bertanggunjawab atas apa yang dimakan. namun seharusnya kita saling membantu terhadap apa orang sekeliling kita makan. itulah hidup berkeluarga...itulah hidup berkomuniti. itu lah cara hidup islam yang mengutamakan silaturahim.. sebab itu jugalah Allah turunkan pelbagai hamba Nya disekeliling kita..
MEmanglah apa-apa hal pun diri sendiri yang menjadikan diri sendiri. diri sendiri yang buat perkara untuk diri. tapi teguran sesama kita itulah menjadikan diri kita ini sekarang. jika tiada teguran tidak akan menjadi diri ini sebaik mungkin.
Apa yang saya tekankan, dia perlu tegur saya, dan saya boleh tegur dia yang ada disekeliling saya terutamanya yang rapat. apatah lagi ibu sendiri. apatah lagi sedarah sedaging sendiri.
Satu masa jika saya tercampak di lubang sengsara, derita dan merana..sedang orang paling rapat dan terdekat begitu bahagia..Saya pasti akan menyalahkan orang-orang sekeliling yang tidak berusaha bantu mencegah dari termasuk ke lorong itu. pasti saya begitu sedih dan terasa jika langsung tiada teguran dari orang sekeliling.
Aduhai berpanjangan celoteh plk, balik pada kisah mak hari ini. Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada ibu ku.
No comments:
Post a Comment