Thursday, December 15, 2016

Pengalaman Menjalani Pembedahan Pembuangan thyroid (separuh)...

(Throwback...)
Pada mulanya tak mau bagitau sapa-sapa  walau family sendiri.. walau dengan dua orang itu yang kini jadi orang paling penting dalam hidup saya..Mau cuba diri lalui sendiri dan cuba sorang-sorang...
(mungkin saya juga malas mau menyusahkan orang, dan malas mau melayan orang di sisi yang meneman.. Kita mau sedapkan hati sendiri dan layan jiwa untuk tenangkan hati yang risau, tapi kena layan dan jaga hati orang yang jadi peneman pulak..huhhuh)


Tapi rupanya tak boleh jugak kita hidup sendiri.. Kena juga ada peneman (boleh juga sebenarnya,tapi tak la sekuat bila ada bertiga)..
Ingat lagi tujuan lain decide operate leher nih:
1) Memang mau buang atas nasihat kakak-kakak dan cik d.Nooraini (orang yang betul-betul nasihat suruh buang).. elakkan dia jadi lebih besar dan boleh kemumgkinan jadi tumor , jadi elaklah kanser. bila bersaiz besar, lebih susah sikit buang berbanding masih kecil.
2) Mau rasa macamana yang mak rasa.. Saya penakut macamana mak..takut di cucuk..macamana rasa mau mati..hidup atau tak... Semua atas kuasa dan kehendak Allah..
3) Mau rasa macamana dioperate. Macamana rasanya dibius..
4) Mau rasa macamana ditahan hospital kerajaan..
5) Saya anggap ni rasa yang patut saya rasa untuk rasa lebih insaf dan rasa mau taubat nasuha ... Mau berubah ke arah hidup yang lebih abadi.. Mau hapuskan dosa, lenyapkan memory kesilapan dengan perkara positif.

Dan yang ke-5 itu sangat berjaya bila yang ke-2 dan yang ke-3 sangat terasa..sebelum masuk Dewan Bedah...


Sehari sebelum Pembedahan (6hb Disember 2016,Selasa):
Daftar masuk wad melalui kaunter di Emergency (memandangkan hari pembedahan saya diawalkan), sedia GL untuk rekod pembayaran..
Rasa risau jugak..Yalah pertama kali di tahan dalam wad... Pertama kali kena cucuk masuk air.. Pertama kali pembedahan..Pertama kali kena bius...seumur hidup saya tak pernah pengsan,pitam atau kena bius.. bius cabut gigi adalah... 
Jam 12 wajib start puasa.. namun bgitu jam 10 dah tak makan apa-apa..Jam 8.30 makan burger miss U beli di cantin Hospital..Sedap ya.. tghri tadi mkn nasi Dan lepastu langsung tiada..
Malam tu asyik bfikir2..Ada rasa sesikit takut..Nasibbaik penjaga jiran Nurlisa begitu peramah meredakan kerisauan hati...Malam Terakhir rasanya...Risau semacam bercampur campur dengan ketenangan yang dipaksa..sampai buat solat tahajud & solat taubat...Yalah,sapa tahu ajal Dan maut...Semua ketentuan Allah,tp Kita diberi peluang untuk ikhtiar Dan tawakkal..Risau juga kalu dibuatnya tiba2 lepas operation,tak sedar lepas kena bius sepenuh badan.. atau doc tersilap atau nurse tersalah tingkah...Huhu... Allah Maha Tahu atas perancanganNya..Cuma Kita mesti bersangka baik atas apa yang bakal dilalui..Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.. 

Hari Pembedahan (7hb Disember 2016, Rabu)
Pagi pagi bersiap mandi sebelum lawatan doctor ...
Jam 10.06 pagi dipanggil oleh nurse untuk bersiap masuk bilik bedah..
Tangan ada sedikit Sejuk..
Masuk bilik bedah tersangat lah Sejuk Ruang lobi bilik bedah.. tak sampai Lima belas minit doctor yang prepare check tekanan darah bgtau boleh masuk bilik bedah 3.. masuk Saja terus nampak Lampu bilik bedah yang beast macam dalam TV tu..Semua doctor pakai baju biru...Huhuu..Teringat plk drama Korea New Heart...
Doctor yang banyak cakap tu sangat peramah perkenalkan diri sebagai Dr Mardhiah Dr bius Dan pembedahan kali ini diketuai oleh Dr Thong..

Inilah DR Tong yang mengetuai operation hari ini..







Mr.Tong Yan Yee
Consultant Surgeon
MD (USM), MMED (Surgeon)(UKM)

(sumber:
http://www.tawauspecialist.com.my/our-panel-doctors
https://www.nsr.org.my/list1viewdetails.asp?Account=N-0-102942)

1hari selepas Pembedahan (8hb Disember 2016,Khamis)
Jam 9.40 pagi, selepas lawatan Dr Pakar Dr Thong sahkan boleh balik sudah...yeaah

Sunday, October 16, 2016

No title


Marina Harris

melihat dia menangis rasa sayu hati...
pelajar yang dekat dihati saya..
yg bising mulutnya, tapi baik hatinya..

telefon bimbit adalah segala-galanya..
sabarlah marina..

bukan telefon itu menjadi persoalan,
tetapi sejauh mana kamu boleh kekal cemerlang
dengan atitude yang baik walau tanpa telefon itu..


- saya, m.a.b

Friday, August 12, 2016

bila balik kampung...(sila sambung ayat ini)

bila balik kampung....




selalunya ada tiga orang yg menunggu di bilik tu..
tiba-tiba tercarik satu orang penting dari yg tiga itu...
orang itu tiada tiba-tiba..lama tak jumpa..
terasa macam dia pegi kursus pulak..
rasa dia pegi mesyuarat yg jauh (mcm masa dulu2 kecik2)..
terasa hati pula lama x jumpa dia..
ermmm..rupanya dia suda berpindah di tempat baru..

adanya dia, menjadi alasan kukuh balik kampung,
adanya dia, penguat semangat meredah malam gelita,
adanya dia, mengubati luka di sepanjang laluan kehidupan bernama kerja

tanpa dia,masih ada kah alasan untuk menjengah kampung?
tanpa dia, masih ada kah sisa penguat dan ubat untuk laluan bersimpang2 itu?

walau jasadnya tiada, tapi jiwanya masih tinggal di rumah itu,
walau suaranya hilang dari bilik itu,
walau leterannya semakin dilupakan,
walau bayangnya semakin pudar di mamah memory kerja dan rutin yg sibuk,

namun pulangnya anak-anaknya ke rumah itu menandakan
masih hadir dirinya dalam diri kita..
masih ada sisa nasihat tertanam di dinding rumah itu,
masih ada jejak ingatan pada bias leteran di dapur itu..
masih ada bayang tangisan yang menjadi keinsafan si anak, di kerusi itu..

bila berdiri dan berjalan di rumah itu, detiklah dalam hatimu
'inilah rumah yang dibina bapak dan mak untuk anak cucu cicit..'

bila berdiri di rumput itu,
'inilah rumput yang dicabut ibarat dia yang berusaha mencabut nilai negatif diri dengan sedikit marah dan tegur,

bila berdiri disebelah pokok bunga kertas itu,
'inilah diri yang ditanam nilai murni dalam diri, subur dengan budi pekerti, ibarat bunga yang ditanamnya+dibajanya'

bila berdiri di kaki sendiri katalah dalam hati,
'inilah diri yang disimbahi nilai positif dari mak dan bapak'

Ya, rupanya dia suda berpindah di tempat baru yang jauh..tak dapat lg pandang muka diorang..
Sekali sekala dapat balik kampung menatap wajah mak dn bapak memang seronok.  ..
Untunglah kepada sesiapa yang rumah dekat dengan kampung...
Hari-hari pun boleh pergi melawat mak bapa..
untung juga yang ada henpon dan cukup kredit
utk call diorang dgr suara tua nya itu..
untunglah...
........

Ya, untung lah..
untunglah dapat jumpa secara visual bersua muka ...realiti...
bukan di alam maya..
syukurlah dapat audio live suara mereka..
bagusnya maasih dapat rasa getar emosi bersantai
di hujung rumah di beranda ..
bahagianya masih dpt merasa masakan kegemaran
hasil air tangan dia..
bestnya masih dapat mendengar luahan dan rasa hati mereka..

(ya untung lah dapat balik kampung.... memang untung, tak rugi balik tengok mak bapa..
tak rugi pun..bukan jauh pun..jauh lagi kampung Paris)

Jarak yang jauh tidak lagi menjadi masalah
utk kekalkan hubungan baik itu...
Air asia kan ada...everyone can fly..
ya, kereta kan ada..
tak pun, henpon kan ada..
kalu tak ada, credit 20 sen sms pun tak pa..
internet TM Wifi kan free, apalagi fb lah, atau telegram, wechat..
tak da laptop, internet atau henpon?
public phone (asrama) kan ada..
emm...suma x da?,
DOA kan ada penghubung kita dan 'diorang' yang
melahirkan dan membesarkan kita..

p/s:
ya, fikir positif mak ada di rumah, bapak masih di rumah,
semoga rumah lama itu menjadi aset bernilai untuk mereka di sanaaa rumah baru..
semoga rumah itu menjadi lebih selesa untuk mereka yang masih tinggal di rumah lama..
semoga rumah lama tinggalan mereka itu menjadi
pemudahcara untuk kita berukhuwah & beribadah padaNya,
semoga rumah lama menjadi lebih kondusif untuk membuat aktiviti positif di dalamnya..
semoga rumah itu menjadi ladang pahala untuk mereka berdua di tempat baru di sana..

mari balik ke rumah lama..
membuat kebaikan di rumah pusaka mereka, harap di sana mereka bahagia..

balik lah..
pulang lah ke rumah lama itu walau sekejap,
untuk mengenang kisah hidup dibesarkan
bersama2 di bumbung yang sama,
untuk mengimbas titik2 keringat si bapa pulang dari kerja,
untuk menatap kedut wajah nya yang pernah kita membesar berat dalam rahimnya..
sedang di saat akhirnya masih memberatkan fikirannya
utk merisaukan diri tentang anak2 yg besar panjang dan bergaya..

syukur masih ada bapak yang sebok prihatin bertanya itu ini,
alhamdulillah mak masih berleter tanda kasih sjati,..

mungkin hari ni kerap jemu mendengar suaranya bercerita, meluah atau mengeluh,
menjadi hati kurang senang,

mungkin hari esok mencari2 suara itu yang semakin senyap sunyi,
menjadi hati lebih merindu suaranya yg membuat hati tenang..


smoga ibu bapa kita ,yg masih ada atau sudah tiada, di berkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat..aamin



Sunday, May 29, 2016

Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis

Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis

Dalam hemodialisis, sebuah mesin akan digunakan untuk menapis bahan buangan, garam dan cecair dari darah anda apabila buah pinggang anda tidak lagi cukup sihat untuk melakukan kerja ini. Hemodialisis adalah cara yang paling biasa digunakan untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang kekal. Prosedur ini boleh membantu anda menjalankan kehidupan yang aktif walaupun anda telah mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Hemodialisis memerlukan anda untuk mengikuti jadual rawatan yang ketat, mengambil ubat-ubatan secara berkala dan perlu sentiasa membuat perubahan dalam diet anda.
Di dalam menjalani rawatan hemodialisis, ada beberapa risiko yang kemungkinan anda akan hadapi. Komplikasi tersebut boleh berpunca dari rawatan hemodialisis itu sendiri atau disebabkan oleh penyakit buah pinggang yang mendasarinya. Antara komplikasinya ialah:
Tekanan darah rendah (hypotension). Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.
Kekejangan otot.Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.
Gatal-gatal. Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatalyang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.
Masalah tidur. Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.
Anemia. Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.
Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.
Penyakit tulang. Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.
Tekanan darah tinggi (hipertensi)Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).
Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis).Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.
Tahap potassium tinggi (hyperkalemia). Buah pinggang biasanya membuangpotassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.
Jangkitan. Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.
Kemurungan. Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.
Amyloidosis. Dialisis berkaitan amyloidosis (DRA) terjadi apabila protein dalam darah yang disimpan pada sendi dan tendon, menyebabkan kesakitan, kekakuan dan bendalir dalam sendi. Keadaan ini adalah perkara biasa bagi mereka yang telah menerima rawatan hemodialisis selama lebih daripada lima tahun.

sumber artikel : http://mayocl.in/PgHkpJ 


artikel ini saya coppy dari http://bileummiberbicara.blogspot.my/2012/11/apakah-risiko-menjalani-rawatan.html...  terima kasih encik blog tersebut yang telah mentranslate dari  http://mayocl.in/PgHkpJ 

Friday, January 22, 2016

Hutang di bayarin.. Percuma disyukurin..

Adakah terlambat untuk membetulkan yang salah dahulu?
Apakah perlu menunggu masa untuk mengubah masa lalu?
Andaikan aku terlambat, bolehkah masa itu menungguku?
Ajarkan diri utamakan masa demi mengelak hutang di masa akan datang...

Ya Allah, bantulah kami hamba mu melunas segala hutang Kepada Mu..
PengasihNya Engkau memberikan percuma segala yang bernilai harga ribuan ringgit...
badan sihat..masa senggang...nafas tenang..pandang terang..lapang dan senang...
suara lantang bunyi terang,dosa masa sakit terbuang-buang, hati rasa riang,  kepala tak mereng...
itu benda yang tak terjangkau angka duit untuk dibayar pd Mu..

Saturday, January 16, 2016

Hidup beretika dan beradap


Menolak pemberian orang...
Ada sependapat orang tentang memberi apa-apa barang atau duit dianggap inginkan sesuatu dari kita.
Maka perlu ditolak..ibarat seorang kakak memberi tablet kepada adik mungkin si kakak mengharap adiknya hormat dan sanyang pada dia.

Pulangkan barang ketika bergaduh.
Malu menggunakan barang yang pernah diberikan orang lain.
Seorang memberi tidak semestinya dia mahukan balasan.
Seoarang Penerima tidak semestinya dia boleh membalas budi.
Terima seikhlas hati dan memberi setulus budi..
memberi dan menerima menerima kerana Allah.
memberi tanpa memaksa untuk menerima.
memberi tanpa mengharap balasan
memberi tidak perlu menunggu ucapan.
memberi hanya kerana diperlukan

menerima tanpa pelbagai alasan
menerima tidak kerana paksaan
menerima bukan kerana perasan
menerima kerana menjaga perasaan
menerima tidak hanya ucapan
menerima bukan perlu dakapan
menerima membuatkan adanya ikatan

Kerisauan ibu adalah kerisauan sejati...

Jumaat lepas, berjumpa dengan seorang pelajar yang sangat independent.
Selain Jumi' A, dia juga bercirikan anak sgt berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.
Terkandas di tengah jalan dalam menuju kampung.
Takdir membuatkan dia balik ke stesen bas Tawau akibat kerosakan bas.
Situasinya itu, mengingatkan pada keadaan diri saya sebagai pelajar di Kustem Tganu satu masa dulu.
Setiap pelajar yang merantau akan merasa situasi begitu. menjadi Perantau sangat berharga buat sesiapa yang pandai menghargai.
Keadaan menjadikan diri lebih matang dan sangat penyabar.. Semoga dirimu Cik Kembung berjaya melalui ranjau remaja mu dengan kematangan diri berlandaskan syariat ketentuan Ilahi pencipta kita.

Ibumu adalah 'mak datin' yang begitu menyayangi mu dan berusaha membawa mu ke lorong yang betul dan kadang begitu percaya anaknya ini perlu bersamanya dalam melalui kegetiran hidupmu.
Berilah peluang kepada ibu mu untuk sentiasa risaukan mu, kerana satu masa nanti kau akan merindui setiap kerisauannya bila dia tiada lagi di sisimu....

Wednesday, December 2, 2015

Rancang Percutian Hujung Tahun Anda...

Wah aak lama tidak menulis..... bila cuti terlalu panjang begini baru;lah kita di jengah blog yang tak berapa jadik blog ini... akhirnya percutian adalah entri saya kali ini.

C.U.T.I..apakah definisi 'cuti panjang' bagi anda? adakah ia satu tempoh untuk aktivit percutian semata? atau tempoh rehat dan riadah sahaja? atau atau atau.... Masing-masing ada pengertian sendiri tentang C.U.T.I  PANJANG...
Bagi saya bercuti panjang adalah satu tempoh untuk merawat kembali diri setelah hampir berbulan kerja.. Bagi seorang guru adalah satu bonus mendapat cuti dihujung tahun selama hampir sebulan lebih sebagai balasan kelelahan stress di sekolah.
Apakah pengisian cuti panjang ini yang diisi oleh para pekerja di bumi Allah ini? Berikut adalah aktiviti tempoh bercuti panjang tersebut secara majoritinya rakyat Malaysia:

1. Melancong tidak kira keluar negara atau dalam negara.
2. Beriadah dan bersukan sama ada berbasikal, mendaki gunung atau mungkin memancing.
3. Memenuhi hobi masing-masing seperti mengumpul barang antik, memancing.
4. Membuat bisnes kecil- kecilan (menjual nasi lemak,  mungkin!) atau bekerja sambilan
5. Membuat aktiviti sosial bersama rakan atau keluarga (reunion rakan, ziarah sanak saudara)
6. Bertunang atau berkahwin (sangat selalu)

Banyak lagi senarai yang tertinggal atau bilangan yang perlu dihurai. Terlalu banyak aktiviti yang boleh diluangkan sepanjang cuti ini dan tidak ada alasan untuk merasa bosan semasa cuti. Jika anda tiada kereta sekalipun, jika anda tiada wang lebih untuk bergerak jauh namun diri anda adalah punca kebahagiaan semasa cuti anda.


Sumber:
http://www.dammahumnib.com/2015/09/idea-aktiviti-cuti-sekolah-untuk-anak.html
http://www.irsyadkuantan.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=511:7-program-untuk-pelajar-irsyad&catid=39:berita-sekolah

Wednesday, October 21, 2015

apa sumbangan org utk diri kita...

Kenapa Kita Buat,apa Yg Kita BuAt ..

ItU Yg PatuT Difikir DalAm Muhasabah Diri...
HasIFyah Dalam IngatAn...MANUsia Yg DtakdiR UtK Mguji KaKENg HarI Ini...