Wednesday, December 2, 2015

Rancang Percutian Hujung Tahun Anda...

Wah aak lama tidak menulis..... bila cuti terlalu panjang begini baru;lah kita di jengah blog yang tak berapa jadik blog ini... akhirnya percutian adalah entri saya kali ini.

C.U.T.I..apakah definisi 'cuti panjang' bagi anda? adakah ia satu tempoh untuk aktivit percutian semata? atau tempoh rehat dan riadah sahaja? atau atau atau.... Masing-masing ada pengertian sendiri tentang C.U.T.I  PANJANG...
Bagi saya bercuti panjang adalah satu tempoh untuk merawat kembali diri setelah hampir berbulan kerja.. Bagi seorang guru adalah satu bonus mendapat cuti dihujung tahun selama hampir sebulan lebih sebagai balasan kelelahan stress di sekolah.
Apakah pengisian cuti panjang ini yang diisi oleh para pekerja di bumi Allah ini? Berikut adalah aktiviti tempoh bercuti panjang tersebut secara majoritinya rakyat Malaysia:

1. Melancong tidak kira keluar negara atau dalam negara.
2. Beriadah dan bersukan sama ada berbasikal, mendaki gunung atau mungkin memancing.
3. Memenuhi hobi masing-masing seperti mengumpul barang antik, memancing.
4. Membuat bisnes kecil- kecilan (menjual nasi lemak,  mungkin!) atau bekerja sambilan
5. Membuat aktiviti sosial bersama rakan atau keluarga (reunion rakan, ziarah sanak saudara)
6. Bertunang atau berkahwin (sangat selalu)

Banyak lagi senarai yang tertinggal atau bilangan yang perlu dihurai. Terlalu banyak aktiviti yang boleh diluangkan sepanjang cuti ini dan tidak ada alasan untuk merasa bosan semasa cuti. Jika anda tiada kereta sekalipun, jika anda tiada wang lebih untuk bergerak jauh namun diri anda adalah punca kebahagiaan semasa cuti anda.


Sumber:
http://www.dammahumnib.com/2015/09/idea-aktiviti-cuti-sekolah-untuk-anak.html
http://www.irsyadkuantan.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=511:7-program-untuk-pelajar-irsyad&catid=39:berita-sekolah

No comments:

Post a Comment