Jumaat lepas, berjumpa dengan seorang pelajar yang sangat independent.
Selain Jumi' A, dia juga bercirikan anak sgt berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.
Terkandas di tengah jalan dalam menuju kampung.
Takdir membuatkan dia balik ke stesen bas Tawau akibat kerosakan bas.
Situasinya itu, mengingatkan pada keadaan diri saya sebagai pelajar di Kustem Tganu satu masa dulu.
Setiap pelajar yang merantau akan merasa situasi begitu. menjadi Perantau sangat berharga buat sesiapa yang pandai menghargai.
Keadaan menjadikan diri lebih matang dan sangat penyabar.. Semoga dirimu Cik Kembung berjaya melalui ranjau remaja mu dengan kematangan diri berlandaskan syariat ketentuan Ilahi pencipta kita.
Ibumu adalah 'mak datin' yang begitu menyayangi mu dan berusaha membawa mu ke lorong yang betul dan kadang begitu percaya anaknya ini perlu bersamanya dalam melalui kegetiran hidupmu.
Berilah peluang kepada ibu mu untuk sentiasa risaukan mu, kerana satu masa nanti kau akan merindui setiap kerisauannya bila dia tiada lagi di sisimu....
No comments:
Post a Comment