Tuesday, December 24, 2013

2003-2006 pembinaan diri yang jitu...

Perjalanan melalui Balung Tawau membuatkan mata berair tiba-tiba.. Signboard ' 72km Kolej Komuniti Semporna' mengingatkan saya pada hari pertama menginjak tanah KUSTEM. Flashback pula modenya:

Mac 2003 (Semester pertama)...

Kenderaan van adalah pilihan Bapak untuk menghantar saya ke IPT itu. Perak ke Terengganu satu perjalanan jauh buat kami orang baru. Saya juga ditemani emak, bangcho, driver dan isterinya. memandangkan teksi agak mahal dan kecil. Suasana subuh di terengganu agak suram dengan perasaan yang bercampur baur. Kerisauan akibat lewat mendaftar sebagai pelajar tahun pertama sesi 2003 amat menggerunkan.

Singgah di surau KUSTEM berdekatan cafe adalah tempat strategik untuk menambahkan keresahan jiwa bila melihat sekumpulan pelajar baru sibuk dengan jadual yang telah ditetapkan.
Saya dan emak berpusing 180 darjah mengelilingi blok kediaman itu.

Mengetuk pintu bilik asrama adalah satu keberanian untuk pertama kali mengenali seorang kawan yang tidak pernah dikenali. Emak hanya berkenalan dengan roomate yang lebih awal menginap di bilik***. Agak peramah orangnya.

Lambaian terakhir emak bapak dan bangcho berakhir di depan pejabat pendaftaran. Ya, masih bersisa lagi urusan daftar lapor diri. tetapi agak gembira bila dengar orientasi sudah berakhir. Kesedihan yang tidak dapat digambarkan apabila emak menangis tinggalkan anaknya disitu. Kesedihan bercampur ketakutan kerana rasa diri berkeseorangan menghadapi pelbagai urusan yang tidak pernah dilalui sendiri. Kebiasaan bapak menyediakan semuanya, dan dia berusaha mengurus segala macam perkara untuk ank-anaknya.
Setiap kali berjalan keseorangan di tanah campus ini, kata2 saya ke sini untuk belajar dan membalas jasa mak bapak. kata-kata 'saya  harus berdikari' dipaksa untuk tersemat dalam hati.

Terasa diri bersendirian apatah lagi sikap sejak kecil menyendiri, menyisihkan dan agak pemalu dan kurang kemahiran komunikasi yang baik.

Disinilah saya belajar menjadi orang lebih positif. Ya nampak saya agak negatif sebelum ini. Cuba menguatkan hati yang kurang kuat, cuba belajar bersosial positif yang agak pasif ini, cuba memberi yang kerap menerima, cuba bertanya dahulu dan bercakap memulakan dari selalu mendengar dahulunya.



Rinduku pada KUSTEM...

Tahun Pertama..
Semester Pertama (Mei 2003-2004)
hidupku bergelumang dengan computersystem dan aplikasinya yang memeningkan. di tambah lagi dgn Basics to marketing...ingat lagi kelas gabungan TITAS yang selalu cancled dan bertunda saja...juga biologi & biokimia sel (Cellular biology and biochemistry)...asyik masuk makmal yang agak memeningkan....yang paling tidak dilupa subjek intro to Foodservice En Aziz menjadi penyumbang pointer 1.83... akhirnya semester depan ptptn jadi bayang2 saja.

Semester Dua (Nov 2003-04)
oleh kerana band MUET agak kantoi, maka terpaksa mengambil subjek Eng for special purpose..
disini lah saya belajar menjadi kreatif mlli subjek Creativity and Thinking... Intro to Food Chemistery dan Food microbiology memperkenalkan saya dengan Dr AMiza yang kurang gemar AF... Dr Norhayati mendedahkan saya tentang Principles of human nutrition. juga dua subjek yang sering terabai iaitu Falsafah PEngurusan dan Kenegaraan Malaysia....

Tahun Dua...

Semester Tiga( June 2004-05)

Saya menjadi lebih dewasa bila menetap di rumah sewa bersama empat rakan baik yang akrab. shimitiniy juga nama dedikasi untuk mereka yang banyak memberi inspirasi pada saya..
Sesi ini, saya berkenalan pula dgn Food safety mgmt, food research methadology dan sensory evaluation. Pn Faridah Y membuat saya kagum dengan keberaniannya yang tinggi berbanding saiz tubuhnya yang agak kecil. ya, orang kecil yang berjiwa besar!... Asas penyediaan makanan satu kursus yang sagat ditakuti..setiap kali amali sering menjadi mimpi ngeri setiap malam. Pada semester ini juga saya repeat kursus intro food service dari F menjadi C-... Pemakanan dan perkembangan (Developmen Nutition)  satu subjek yang dinantikan...begitu pula subjek food equipment and technology sangat menarik dengan pengenalan bain marie dan alatan industri yang lain...


Semester Empat ( November 2004-05)
SAya diperkenalkan dengan Business Accounting/ PErakaunan Perniagaan yang amat sukar difahami. Mungkin saya bukan peminat accounting berbanding math. Food microbiology juga mempertemukan sekali lagi dengan Dr Amiza yang baik ati. PnNorhayati telah membimbing saya dalam menjaga kesihatan melalui Nutrition and Health course. En Aziz sekali lagi membayangi saya dalam subjek Menu planning and purchasing. Disinilah pertama kali saya mengira kereta yang lalu lalang dihadapan restoran di Terengganu sehingga malam..huhh satu pengalaman menyeronokkan!! YAti kawan yang tidak dilupa...
Commercial Food Production mempertemukan kami 54orang dengan Dr Amir yang begitu bijak dengan minatnya yang mendalam pada makanan...Food law pula memperkenalkan kami dengan En ***...

Tahun Tiga (Akhir)

Semester Lima( Julai2005-06)

Sangat takut bila perlu menghadapi kursus Public Speaking juga bidang Interpersonal Communication...
Subjek Budaya satu (Pengenalan budaya di Malaysia) sangat menarik perhatian kami keluar dari bidang makanan. Principles Food Processing And Preservation...
Pruduct Development(Perkembangan Produk)....
Community Nutrition/ Pemakanan Komuniti...
Industrial Trainning (Latihan Industri)...
Repeat Sistem Komputer dan Aplikasi..Semester ini juga bermulanya Research Project...


Semester Enam ( Disember 2005-06)

Semua sibuk dengan projek penyelidikan..
saya cik Syi mengambil subjek elektif yang mudah Bahasa, Budaya dan Masyarakat. mengenali Pn Rohana yang sangat cinta pada bahasa.
Food Packaging and Display/Pembungkusan dan Peragaan Makanan ...
Human Resource Management dapat memberi pengenalan pada dunia pekerjaan....
Foodservice Facilities Planning..Sepanjang semester akhir ini banyak kenangan tidak dapat dilupakan.
Nutritional Therapy/Pemakanan Terapi...
'Seminar' satu subjek yang agak menakutkan... bercakap di khalayak ramai satu keseraman yang tidak akan luput dari ingatan.. walau takut tetapi seronok.. Satu kebahagiaan bila dapat melalui ketakutan itu... betul lah kata mereka, untuk atasi masalah ketakutan adalah dengan menghadapi ketakutan itu...


Jun 2014

Kini situasi itu berubah... saya yang dahulunya pelajar, dan kini pengajar yang masih belajar...
Teringat pesanan pada anak-anak kesayangan:
- bila lihat diri kamu, tergambar diri cikgu..kamu adalah pantulan diri cikgu.... apa yang kamu lalui itu juga yang cikgu pernah alami...
- malas kamu, itulah juga malas cikgu dulu...tidur dan mengantuk kamu dikelas itu juga yg cikgu pernah buat dahulukala...
- apa yg kamu rasa atas kesamaran masa depan dan kurang teruja pada bidang yg diceburi, itu jugalah perasaan yang sama pernah cikgu lalui tahun pertama di universiti...
- kuatkan semangat kamu anak-anak, ibaratnya buah oren...walau masam tapi bila dibubuh gula dan adjust sedikit airnya menjadi jus yang segar dinikmati pada waktu dinihari...
- tegurlah rakan seperjuangan ibarat mencuci tangan dan membasuh kain..kain akan bersih dan secara tidak langsung tangan turut bersih dan wangi...

hanya gambar hiasan (http://chefsabri.blogspot.com/2011/03/bengkel-masakan-bersama-chef-sabri-msu.html)

No comments:

Post a Comment