30
Disember 2013..
Bersamaan dengan hari Isnin menghantar
kakak ke daerah lahad datu sebelum dia mengakhiri jejak terakhirnya di daerah
itu sebagai seorang guru di SM***... Positifnya keputusan pertukaran/pindah
sekolah beliau begitu berlawanan dengan mode negatif penempatan saya di Kolej
Vokasional Keningau. Panggilan telefon dari BPTV Putrajaya petang itu sedikit
mengganggu tumpu pemanduan. Adakah gembira di hati? atau kerisauan
berlebih-lebih? Rasa k o s o n g.... niat dihati tidak terlalu
jauh tidak juga dekat sebelah rumah.. akhirnya sejauh itu pula... Apa lagi emak
menangsi lagi....
31 Disember 2013
Hasil panggilan dari pusat Tanah Malaysia
itu, saya berjaya ditempatkan berdekatan dengan daerah kediaman saya. Ya
pertukaran ini diniatkan untuk emak. Namun hakikatnya penempatan kali ini
adalah kerana DIA yang kasihkan saya. Saya juga berniat agar dapat ke tempat
ini agar saya lebih patuh pada DIA (ALLAH) untuk bila-bila masa, di mana saja
tidak kira apa keadaan sekalipun.
1 Januari 2014
Tidak terasa kemeriahan tahun baru
disebalik kesedihan posting dan kegembiraan pertukaran penempatan. Ditambah
pula situasi saya dan keluarga sudah tidak menyambut hari 1 Januari yang kurang
maknanya berbanding 1 Muharram. Kalau zaman dahulu siap membeli makanan dan
masakan disedia malam hari (setahun dua saja). tetapi kini emak mengajak
ramai-ramai tadah tangan di hadapan tv pada 1 muharam lepas.(malah beberapa
tahun lepas) Alhamdulillah..Satu perubahan yang patut dikekalkan.
2 Januari 2014
Berdebar juga dibuatnya. Rupanya KV cuti hari
ini dan buka lagi isnin depan, 6 Januari. Kesian juga kak Z. akhirnya menumpang
sementara di Rumah Warden. Dilema antara menjadi warden asrama atau duduk luar.
3 Januari 2014
Berjumpa Tuan pengarah. satu perkongsian
yang berguna untuk memperbaiki diri menjadi guru sebenar. Sangat humble
orangnya. Tidak suka wartawan dan tidak suka membangga-banggakan. Hanya
menggunakan psikologi dan 'ceramahnya' dari menggunakan kekerasan. Saya lihat
agama menjadi tonggak hidupnya terutama apabila ditanya prinsip kerja. 'Jadikan
kerja guru ini sebagai ibadat'. Rasanya beliau juga peminat Ust Don, Azhar
Idrus..mungkin juga Prof Muhaya.
Balik ke kampung satu kegembiraan di dalam
hati. walau sudah 9.30 malam tapi rasa baru 4 ptg...... Balik bercuti.. walau hanya lihat susuk badan adik beradik rasa
tenang pula.. dengar suara anak buah lagi lah.... ini lah yang dikejar oleh
para pekerja di hujung minggu..ketenangan bersama keluarga di rumah, walau
hanya menonton tv 30 minit bersama... baru saya faham situasi kakak di lahad
datu dan abang di tawau itu... to be cont...
No comments:
Post a Comment