7 Disember 2013 / Sabtu
Suasana gamat yang menyatukan kami di rumah.... saya, dua orang kakak dan seorang abang agak panik melihat api menjulang dalam kuali berminyak penuh sambil emak kerisauan apa yang perlu dilakukan. Masa tu hanya kami berdua (emak) cuba ikhtiar padamkan api, emak asyik cakap 'macam mana ni...macam mana ni....kerisauan, ketakutan emak menjadikan saya lagi lah takut..tak tau apa yang patut dilakukan. Tiba-tiba emak ambil dua sudip stainlessteel menjadi pemengang kuali..aduhai risaunya kalau minyak tumpah dilantai dan terkena emak... emak panggil bangchu dan dia menjadi penyelamat tak bertauliah. Syukur tiada apa yang berlaku.. tapi banyak pengajaran di sini..-lupakan persengketaan demi menyelamat emak, rumah dari terbakar dan keselamatan masing-masing.
-sentiasa beringat dan sentiasa pergi ke dapur menjenguk apa yang patut. jadilah ahli rumah yang alert dan rajin berjalan di dalam rumah, tidak terperuk di dalam bilik berdepan lappy, TV atau mendengar radio yang terlalu kuat.
-bila memasak jangan tinggal-tinggalkan...
-paling penting, bantulah ibu membuat kerja-kerja di dapur. sambil boleh mengelakkan kemalangan akibat kecuaian ibu yang agak uzur, dapat juga mengeratkan silaturahim dan berbakti pada ibu....
Apa yang perlu dilakukan apabila kuali anda yang penuh minyak panas itu terbakar?
1) Jangan panik.Ini akan membuatkan anda menjadi lebih celaru dan 'blank' dalam memikirkan apa yang perlu dilakukan semasa situasi genting ketika itu. Tenangkan diri 5saat untuk berfikir dan terus bertindak.
2) Tutup api dapur
3) Jangan simbah air pada kuali itu.
Ini kerana minyak akan memercik atau yang lebih teruk akan meletup. Tetapi kebiasaannya air itu akan membuatkan api lebih marak.
4) Tutupkan bekalan gas, atau cabutkan kepala gas.
5) Gunakan kain basah (yang dilembabkan dengan air dan perah sedikit), kemudian tutupkan kuali tersebut. Nescaya api akan terbakar. Lebih baik lagi jika menggunakan kain selimut.
6) Penutup periuk juga boleh digunakan dengan memastikan keseluruhan kuali atau periuk berisi minyak terbakar itu ditutup sepenuhnya.
7) Cara lebih mudah adalah dengan menggunakan pemadam api.
Konsepnya disini ialah minyak tadi telah menjadi bahan bakar menghasilkan api. Manakala air yang disimbah menjadi sumber oksigen untuk pembakaran tadi. Kemudian jika kawasan terbakar tadi ditutup sepenuhnya menggunakan kain lembab, api tadi akan menjadi semakin kecil kerana kekurangan oksigen dan akhirnya padam.
Malah air yang dicurahkan kemungkinan akan menjadi stim dan dikuatiri akan terurai kepada hidrogen menurut Azani dari blog 'Aku budak KKB':
"Aku akan cerita kenapa tuangkan air ke api dalam kuali boleh mengakibatkan kebakaran yang sangat serious. Apabila air dituangkan ke api dalam kuali tadi, apa yang berlaku, minyak yang panas akan akan mudah terpercik, air juga akan bertukar menjadi setim, jika ini berlaku dikhuatiri terdapat hydrogen terurai dari setim, hydrogen amatlah mudah terbakar dan meletup, dan bila ini berlaku, ia tak perlu oksigen, ia akan membakar tanpa api tanpa oksigen.Inilah fenomena kebakaran hydrogen, salah satu punca kebakaran yang amat ditakuti dalam boiler.Ia akan meleburkan besi dandang macam lilin, tidak boleh siram dengan air, kerana akan memangkin lagi pembakaran sehinggalah tiada lagi benda untuk dibakar.Cara untuk memadamkan kebakaran hydrogen adalah dengan membuat boundary cooling atau penyejukan sempadan dengan menyiramkan bahagian yang tidak terbakar demi menyejukkan aliran haba,Sambil tu tutuplah bekalan minyak ke burner, switch off draught fans ke boiler,sepertimana yang kita tahu haba boleh dialirkan melalui conduction atau pengaliran, bahang dan perolakan .Biasanya kebakaran hydrogen diikuti oleh letupan yang membesarkan lagi laluan angin ke api. Bila ini berlaku, doa sahajalah, tunggu sampai habis besi boiler untuk di mamah api hydrogen."
Pengajarannya juga minyak reuse jangan sekali-kali digunakan setelah berkali-kali digunakan. Minyak itu lebih mudah terbakar agaknya. Yalah mak cakap dalam tu sudah ada rempah, kari, asam dan macam-macam bendasing yang menjadikan bahan bakar.
Nota Kaki: teringat penyelamat En A.Hamid dan En Irwan semasa form 5 dulu. kebakaran kecil semasa menggunakan penunubunsen untuk amali kimia kalau tak silap. Ketakutan dalam kelucuan....
Betullah orang kata api itu lawannya air. Manakala air yang sejuk akan memadamkan api yang panas. Namun tidak semestinya air akan menang dan api akan kalah, jika tidak ada kemahiran dan skil tertentu..cara akan membinasakan tindakan sendiri..tindakan melulu si air akan menjadi pemangkin kemarahan si api..
ibarat juga dalam kehidupan seharian, air tidak semestinya kalah pada api.. perlu ada komunikasi yang baik, skill dan atitude yang baik akan memadamkan api itu...
Sumber (rakan-rakan blog):
1) http://hairul.com/blog/cara-memadamkan-api-di-rumah/
http://meriahuoll.blogspot.com/2009/09/rumah-terbakar-panggil-akak.html
(niy ang paling lawak sekali)
http://hanimamir.blogspot.com/2013/05/dapur-terbakar.html
(info sangat berguna)
http://azani-kisahaku0.blogspot.com/2009/05/hidrogen-boleh-membunuh.html
(juga sangat berguna)
http://heartndsky.blogspot.com/2010/08/kuali-terbakar.html
http://nafastari.blogspot.com/2007/09/kuali-terbakar-di-dapur.html
http://citerasaya.blogspot.com/2010/12/abah-terbakar-bah.html
No comments:
Post a Comment