Monday, December 9, 2013

Kenapa saya mahu posting jauh?

Berdebar juga menunggu keputusan penempatan guru / posting hujung bulan nih. Agak-agak di mana saya ditempatkan. Mungkin di daerah kelahiran? atau di sebelah daerah. Cuma satu sekolah yang diharapkan bukan tempatnya, iaitu sekolah lama yang juga ada kakak 'tersayang' di situ. Risau pula kalu kena sekolah tu pasti tiada lagi privasi untuk kakak itu. Mungkin juga dia akan malu jika adik yang serba kekurangan ini juga mengajar di situ. Yalah dia begitu dihormati dan agak 'feymes' la katakan. Sangat 'high class' dan ker'kroni' dengan hanya mereka yang hebat sahaja. Harap saya tidak di SMK**** itu...

Dan kenapa saya sangat suka mengajar di sekolah jauh dari kediaman dan daerah asal?
Kenapa saya suka di tempatkan di pedalaman atau sekolah luar bandar yang agak sederhana?

1) Saya harap diri dapat terdidik menjadi lebih berdikari.

2) Saya akan lebih bersyukur terhadap kehidupan. Menerima apa adanya. Kekurangan itu menjadikan saya lebih baik sebenarnya. Keselesaan akan menjadikan saya agak leka macam sekarang..huhuu.

3) Ia sebenarnya lebih mengeratkan hubungan keluarga bila berjauhan. Pulang hujung minggu dengan satu kegembiraan.

4) Walau saya agak lemah dan takut pada cabaran dan dugaan. Dalam masa yang sama itu menjadikan saya lebih ingin cuba untuk menghadapi ketakutan itu. Pengalaman lalu mengajar saya.

Selepas tamat pengajian di matrikulasi juga saya sangat berharap dapat belajar jauh dari negeri kelahiran. Saya berharap dengan suasana kehidupan di tempat baru bersama rakan-rakan berlainan bahasa dan budaya, situasi ini akan menjadikan medium sesuai untuk diri saya diperbaiki. Tentang agama, sosial dan atitude diri masih perlu diperbetulkan. Bila berada di comfort zone saya akan menjadi sangat selesa dan terleka. tetapi bila berada di zon tekanan ia akan menjadi saya lebih positif...lebih bersyukur...lebih menerima..

No comments:

Post a Comment