https://www.facebook.com/help/delete_account
Kenapa saya delete account facebook.
Sejak seseorang yang amat rapat telah 'block' saya, dengan rendah hati keputusan ini telah dimuktamadkan. Ya ada hikmah dia block atas kesalahan saya juga. tapi satu permulaan baik untuk saya. Situasi ini membuat saya banyak berfikir.
1) Fb melekakan apabila kita asyik membuka wall / timeline org untuk mengetahui perkembngn hidupnya.. sebaiknya lihat lah timeline diri. cuba tanya apakah perkembangan hidup saya? baik kita focus pada apa yang kita nak lakukan.
2) Saya tidak menggunakan fb untuk sesuatu yang bermanfaat. ya terus terang fb begitu melekakan. Namun, ia sangat berguna untuk mereka yang rajin share infomasi dan cerita inspirasi atau motivasi untuk pembaca news feed itu.
3) Ya nama pun laman sosial. Kehidupan sosial di alam maya. kadang terwujud juga rasa ujub apabila update status yang mungkin akan menarik perhatian orang untuk meng'klik'nya. ada sedikit rasa hepi bila seramai mana rakan fb 'like' apatah lagi bilangan comment yang agak membanggakan. bila post gambar televisyen baru, handphone canggih, anak-anak yang comel atau mungkin isteri cantik suami kacak. Walau tidak terniat untuk menunjuk tetapi persepsi orang tidak boleh ditepis. Lain niat kita untuk post, lain pula terjadi bila yang negatif lebih terserlah dari yang positif.
4) Masa agak terbazir begitu sahaja. Setelah melayari internet hampir sejam. baru perasan 90% hanya dengan membaca status orang, melihat gambar, dan berbalas komen tentang sesuatu yang agak remeh.
5) wall atau timeline ini menjadi satu medan peperangan. menjadi perantara untuk sindir-menyindir. mengupdate status secara public untuk memberitahu ketidakpuashatian secara negatif. Ini mungkin menjadi baik jika kita menggunakan bahasa yang baik untuk menyatakan hasrat hati itu. tetapi tidak lah terlalu public, perlu juga ada privasi. mungkin disinilah fungsinya mode custom, district dan lain-lain. ia perlu digunakan agar kehidupan maya tidak melanggar budaya melayu secara realiti. ya adat, budaya, bahasa dan tindakan yang baik bukan sahaja diamalkan dalam kehidupan biasa tetapi juga perlu dirutinkan dalam kehidupan bersosial di alam maya.
Namun saya amat mengagumi rakan fb yang pakar dalam IT membina page fb yang penuh infomasi dan saling bertukar-tukar idea. Begitu bermanfaat.
Pertama sekali, anda mesti login dulu akaun facebook yang anda nak delete tu. Kemudian, klik link Permanently Delete Facebook Account. Dan macam biasa, ikut arahan seterusnya. Anda akan dimaklumkan bahawa akaun facebook tersebut sudah dinyahaktifkan (deactivated) dan akan didelete terus dalam masa 14 hari iaitu 2 minggu.
Sebelum 14 hari tu berlalu dan anda masih mahukan akaun tersebut, login seperti biasa. Kalau tidak, tata facebook. Hehe. Deactivated dengan Delete tak sama okey. Kalau Deactivated, akaun anda seolah-olah tidak wujud lagi. Tapi bila login seperti biasa, akaun anda akan aktif semula.
Kalau Delete, dah sah-sah padam terus dari sistem. So, sebelum delete. Fikirlah masak-masak. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak padam akaun facebook, selamat tinggal lah jawabnya. Tutorial cara padam akaun facebook ni saya jumpa dekat google. Sumbernya dari http://arisyahjahirah.blogspot.com/2011/11/cara-delete-akaun-facebook.html :)
ini adalah blog penguat untuk saya...mungkin bukan anda...
http://inikisahtia.blogspot.com/2013/05/cara-delete-akaun-facebook.html
http://azaleania.blogspot.com/2012/05/kenapa-aku-delete-akaun-fb.html
http://snowbie4.blogspot.com/2013/07/untunglah-ada-facebook-bagai.html
http://baikiminda.blogspot.com/2010/07/siri-percutian-musim-panas-13-kenapa.html
http://ghostridermujahid.blogspot.com/2010/08/keapa-ada-akaun-facebook.html
http://efendybloger.blogspot.com/2012/01/20-alasan-kenapa-facebook-patut.html
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tak tampak
No comments:
Post a Comment