Friday, July 3, 2015

Antara matlamat dan suka-suka …


            Diploma yang dikejar untuk remaja seusia 17 tahun… masih terlalu muda untuk menjadi seorang pekerja bermatlamat atau staf yang focus pada tujuan… sedang diri saya seumur itu masih ragu antara kerjaya dan minat. Masih keliru dengan perjalanan hidup. Ketidakmatangan yang tidak berpunca? Tidak! Semua terjadi mesti berpunca. Hanya ALLAH Tuhan yang azali dan hakiki.
             03 Julai 2015 di hari mulia Jumaat, 16 Ramadhan adalah hari kesedaran buat saya dan 30 orang pelajar Seni Kulinari (tolak ryna, akrm, hafizah dan syawal yg tidak hadir hari ini). Disebalik kemalasan membuat tugasan, kerehatan diwaktu free, kedinginan hubungan sesama rakan, disebalik sedikit pertelingkahan hati, ada pula terselit beberapa pelajar yang berupaya menyedarkan kami semua yang hampir terleka dek masalah ‘teguran’ atau ‘makdal’… Terima kasih Arif Ahnaf, hasifsyah dan Izhar..  “Saya tidak ramai kawan, di semenanjung saya kurang kawan, di rumah kurang kawan, tidak macam anda semua, tapi saya gembira juga walau tiada kawan disini tapi kawan yang ada sangat awesome disini”-Arif…  “ Saya tidak layak untuk mengkritik orang, kerana diri saya juga tidak perfect dan menyusahkan orang”- Hasifsyah.. “Bagi saya kawan-kawan terbaik yang ada di asrama seperti adik beradik saya”- Izhar.
              Bagi saya mereka pelajar yang ada masalah semasa pengajaran dan pembelajaran. Namun mereka juga lah yang memberi kesedaran kepada saya dan yang lain pada hari ini. Disebalik pelbagai cabaran dan dugaan, tapi ada lagi mereka yang lagi kurang bernasib baik dari apa yang kita alami. Kita makin terleka bila diri semakin jauh dari matlamat. Dan matlamat sebenarnya sangat dekat dengan kepercayaan kita. Dan kepercayaan itu pastinya untuk ALLAH. Dan bila kita ingat padaNYA, nescaya kita akan lebih focus pada matlamat.
               Teguran. Tidak semua boleh terima teguran. Teguran mesti mengikut etika yang perlu dipatuhi. Teguran mesti dilakukan pada masa yang betul, pada tempat yang betul, untuk orang yang betul, dan ikut cara yang betul. Tidak dilakukan pada waktu yang salah atau ditunda-tunda, atau tidak pada waktu yang silap, contohnya sewaktu emosi individu ditegur tidak stabil. Bila sudah stabil emosinya baru boleh diberi sedikit nasihat. Di tempat yang betul, bermaksud tidak dilakukan di khalayak ramai yang mengaibkan dirinya. Untuk orang yang betul pula bermaksud seharusnya kena pada orang berkenaan yang betul melakukan kesilapan, bukan melalui kawan kepada kawan, atau kiasan atau sindiran kepada orang lain… Teguran juga mesti mengikut cara yang betul. Tidak mengherdik, intonasi yang sesuai dengan kesalahan, bahasa yang berhemah bukan mengikut nafsu amarah.
Apabila membuat teguran mula dengan merendahkan hati sebelum membuat teguran. Kaji dulu kekurangan diri, baru kita mengkaji kelemahan orang. Bila kita benci orang, cuba fikir berapa ramai mungkin benci kita. Bila kita tidak suka pada sesetengah perangai manusia sekeliling kita, cuba ingat berapa ramai orang suka dengan perangai buruk kita. Fikirkan diri dahulu, baru tegur orang, kerana bila teguran dilontar dari mulut sendiri, itu juga pantulan lontaran mulut untuk menegur diri sendiri. Semakin banyak kita menegur orang, seharusnya semakin banyak lagi diri kita muhasabah dan perbaiki diri lantaran teguran itu. Ibarat kita membasuh pinggan. Matlamat membersihkan hanya pinggan. Tetapi disebaliknya turut sama membersihkan tangan dari kotoran. Juga menghaluskan kulit dek axion jenama terkenal. Atau menghilangkan dakwat pen biru yang susah diluntur.
Apabila direndahkan hati sebelum teguran itu, seseorang itu akan mudah menerima teguran. Ibarat teguran untuk seorang adik kecik. Kita tidak akan menegur dengan berdepan dan tegak berdiri, tetapi diri akan tunduk kebawah searas kepala dan bahu supaya komunikasi lebih jelas, lebih terang, lebih mesra. Juga ibarat melompat dari batu ke satu batu di aliran anak sungai. Untuk capai ketinggian melepasi batu ke satu batu, perlu direndahkan kedudukan badan dan posisi agar dapat melompat ke batu lain. Jadi teguran mesti berasas dan berhemah.

Rupanya diri masih jauh dari KPI sebenar. Rupanya masih lagi ada kekurangan yang kita tidak tahu apa kurangnya. Dan pula ada pengetahuan tentang kelemahan diri, tapi tiada kesedaran untuk merubah diri. Semoga sempena ramadhan mulia 2015 ini akan menjadikan saya yang lemah ini, dan mereka disekeliling saya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dariNYA, diberkatiNYA dan berada dijalanNYA yang benar dan lurus. Aamin..

p/s: anak-anak pra dip, inilah masanya untuk kamu bergerak kehadapan diusia muda.. antara matlamat dan suka-suka, yang mana lebih utama untuk masa depan diri.. yang baik ada di tangan kanan, dan buruk ada dalam genggaman tangan kiri.. semua ada dalam genggaman, tinggal lagi dipilih mana yang kamu mahu dan buang mana yang merosakkan diri.. ya semua atas pilihan sendiri..

No comments:

Post a Comment