Thursday, August 13, 2015

Conversation Cikgu dan pelajar

Pelajar 1: Cikgu kenapa kami masih berperaturan seperti sekolah sedangkan sudah kolej?
Cikgu : sebab tahap umur kamu masih diperingkat sekolah, tambahan lagi masih terikat dengan akata-akta yang masih mengekalkan peratusan sekolah sebagai asas dalam kolej ni.
Pelajar 2: kenapa sekolah lain boleh pulak? Kenapa pelajar  tidak boleh berambut panjang?
Pelajar 3: Kenapa hp tidak dibenarkan bawa? Kenapa hp di asrama tidak boleh ? bukankah itu kemudahan yang perlu diambil kira untuk kemudahan pelajar dan boleh meningkatkan prestasi pelajar juga? Untuk cari maklumat (internet).
Pelajar 4: untuk pelajar jauh yang 2-3 bulan tak balik kg…
Pelajar 5: malah ada tempat lain dibenarkan pula bwk ke kelas? Kata kolej? Tapi masih cara sekolah.
Cikgu: sekali lagi ditekankan ..Tahap Umur!.. mungkin satu masa diberi kelonggaran. Betul mungkin pelajar thn akhir diploma sangat  perlukannya, tapi kamu juga kata tidak adil utk pelajar lain. Kalu sorang dua diberi, yang lain mahu juga kan? Jadi lebih adil semua juga tidak dibenarkan, (kecuali beberapa individu yang penting).
Cikgu: macamana juga cikgu2 mahu anggap kolej (yg dibina asalnya sekolah ini),jika pelajar2nya tidak di level kolej yg sebenarnya.. adakah kamu layak utk dipanggil pelajar kolej? Kalau lihat situasi pelajar kolej yg semasa, mereka adalah orang yang berbudaya ilmu. Suasana kampus menjadikan diri matang dan sangat positif dalam menimba ilmu. Mereka diberi kebebasan tetapi sangat mematuhi peraturan dan menerima teguran dan memberi respon membina dalam budaya akademik . sedangkan pelajar kolej ini, ada yang tidak menunjukkan dia adalah level kolej.. Malah guru-guru memberi banyak peluang tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Kalaulah system kolej sebenarnya dilaksanakan sepenuhnya, pasti ramai pelajar di depan nih sudah dibuang kolej hanya dek kerana masalah kehadiran. Malah tidak mungkin ada yang berjaya  melepasi exam.

Atau mungkin tidak ada yang layak dapat lebih dari B+ hanya kerana komitmen dalam tugasan (assgmt).. kalau di kolej, markah sangat strict.. lewat tidak diterima, dan akan effect pada pointer. Tpi di sini, guru-guru masih menganggap pelajar perlu diberi peluang untuk baiki diri, kerana mereka masih dalam anjakan dari awal remaja menuju remaja yang matang dan dewasa. Tahap umur 16, 17, dan 18 masih memerlukan bimbingan walau sudah boleh diberi kebebasan. Jika bebas sepenuhnya tidak akan adanya pelajar kolej.. yang ada hanyalah pelajar sekolah tahap rendah yang bebas terleka dan asyik dengan dunia remaja, kerana tidak diberi sekatan yang sepatutnya. Sekatan itu lebih senang cakap adalah peraturan yang dianggap menjengkelkan, menyusahkan bagi mereka.

Sedangkan hp tidak diberi juga akan membuat pelaja r tidak melaksanakan tugasan dengan baik, apatah lagi diberi hp. Ya fungsi penggunaan itu  penting, tapi kawalan mainkan peranan. Kerana itulah diwujudkan system security dalam kecanggihan macama2 jenis gadjet. Untuk mengelak sebarang kemungkinan perkara negative disebalik kecanggihan teknologi.

(perbualan asal telah diubahsuai agar bersesuaian untuk bacaan)..

No comments:

Post a Comment